Kongsi
Lucas Biglia

MILAN – Pemain tengah Lazio, Lucas Biglia sah menjadi milik AC Milan dengan kontrak selama tiga tahun.

Bagaimanapun nilai perpindahan pemain antarabangsa Argentina itu tidak didedahkan.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah membantu Anderlecht memenangi empat trofi Liga Belgium sebelum berhijrah ke Lazio pada 2013.

Dia menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bersama Lazio musim lalu.

“AC Milan gembira untuk mengumumkan pemain baharu, Lucas Biglia dari SS Lazio. Pemain itu akan memperkuat pasukan sehingga 20 Jun 2020,” tulis kelab itu di laman web www.acmilan.com.

Milan menamatkan kempen Serie A sejak empat musim lalu di luar kelompok lima teratas. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan