KENINGAU – Satu gempa bumi bermagnitud 2.8 pada skala Richter telah berlaku di Keningau, Sabah pada 11:44 malam rabu.

Gegaran yang dirasai di sekitar Keningau itu berpusat di 5.3 utara dan 115.6 timur pada kedalaman 10 kilometer di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, gegaran berskala lemah itu dilaporkan hanya dirasai di sekitar Keningau setakat ini. – MalaysiaGazette