Friday, April 26, 2024
Home Sukan Sukan SEA: Bola jaring terus mengganas

Sukan SEA: Bola jaring terus mengganas

KUALA LUMPUR – Pasukan negara tidak berhadapan masalah besar untuk menundukkan Brunei dalam perlawanan kedua acara bola jaring Sukan SEA Ke-29 di Stadium Juara hari ini.

Aksi cemerlang pasukan negara membolehkan anak didik Tracy Robinson mencatat kemenangan 64-27.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebelum berhadapan lawan sebenar iaitu Singapura esok.
Semalam, dalam perlawanan pembukaan acara bola jaring, Malaysia meraih kemenangan mudah 73-30 ke atas Thailand. – MalaysiaGazette