Image processed by CodeCarvings Piczard ### FREE Community Edition ### on 2017-11-24 16:00:02Z | http://piczard.com | http://codecarvings.comK=ÿž[À

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan di Masjid Rawdah, Mesir, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan ketika solat Jumaat itu.

Insiden tersebut telah mengorbankan 235 nyawa dan mencederakan 109 yang lain.

“Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir serta keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan serangan tersebut.

“Rakyat Malaysia yang berada di Mesir diingatkan supaya berhati-hati dan peka terhadap keselamatan mereka,” katanya.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai perkembangan di Mesir, Wisma Putra meminta orang ramai menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah +2023761 0013 atau +2 012 0027 6388 atau e-mel ke [email protected].

Semalam, sebutir bom meledak di Masjid Al Rawdah di Wilayah Sinai utara, Mesir dan ia diikuti serangan bersenjata oleh beberapa penyerang ke arah jemaah yang melarikan diri.

Masjid yang terletak kira-kira 40 kilometer di barat ibu kota Sinai di Utara El-Arish itu, sering dikunjungi penganut Sufi yang dianggap kumpulan Daesh dan Islam lain sebagai sesat.- MalaysiaGazette