Home Ekonomi MyWood ID sasaran FRIM Inc

MyWood ID sasaran FRIM Inc

Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Azizan Ahmad menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran pejabat operasi FRIM Inc pada Majlis Perasmian Frim Inc di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – FRIM Inc merancang akan menjalankan aktiviti perkhidmatan teknikal, kepakaran dan kemahiran selain daripada pemasaran produk berasaskan perkayuan dan herba.

Pengerusi FRIM yang juga merangkap Pengerusi FRIM Inc, Datuk Seri Azizan Ahmad berkata, produk serta inovasi FRIM yang berimpak serta mempunyai potensi besar akan dikomersialisasikan.

“MyWood ID ini dijangka dapat mengecam 100 jenis kayu tempatan yang juga boleh dimanfaatkan oleh industri perkayuan, penggredan kayu, pemeriksa balak dan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette.

“MyWood ID ini dijangka dapat mengecam 100 jenis kayu tempatan yang juga boleh dimanfaatkan oleh industri perkayuan, penggredan kayu, pemeriksa balak dan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette.

berkata, produk serta inovasi FRIM yang berimpak serta mempunyai potensi besar akan dikomersialisasikan.

Antaranya mewujudkan aplikasi pengecaman kayu menggunakan telefon pintar iatu ‘Mobile Wood Identification System (MyWood ID).

“Melalui sistem ini, pengguna hanya perlu menggunakan telefon pintar yang mempunyai aplikasi tersebut dan kanta dalam pengecaman spesis-spesis kayu. Teknologi ini sangat cepat, tepat, kos rendah serta mesra pengguna.

“MyWood ID ini dijangka dapat mengecam 100 jenis kayu tempatan yang juga boleh dimanfaatkan oleh industri perkayuan, penggredan kayu, pemeriksa balak dan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian FRIM Inc di FRIM, Kepong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahidi Hamidi hari ini.

FRIM Inc yang ditubuhkan pada 4 Ogos tahun lalu dan dilancarkan hari ini akan dijadikan sebagai syaikat untuk menjana pendapatan melalui penyelidikan serta teknologi oleh tenaga pakar.

FRIM Inc akan beroperasi melalui aktiviti pemasaran dan penjualan produk-produk hasilan R&D, perkhidmatan kepakaran dan kemahiran, perkhidmatan perlindungan harta intelek, khidmat teknikal berbentuk pemindahan teknologi serta latihan dan pengkomersilan  harta intelek di pasaran terbuka.

Dalam pada itu, ketika berucap, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan apsirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Hab Perabot Nasional di Lancang, Pahang pada hujung bulan ini.

“Hab Perabot Nasional ini akan dikendalikan secara Strategi Lautan Biru (NBOS) dengan penglibatan NRE dan FRIM serta merentasi semua kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Objektif utama ialah melahirkan 500 jaguh usahawan Bumiputera yang berdaya saing dalam memantapkan industri perabot negara melebihi RM7 bilion setahun,” katanya. – MalaysiaGazette