Eden Hazard memberi bayangan dia akan tinggalkan Chelsea ke kelab lain di masa hadapan.

ENGLAND – Eden Hazard memberi bayangan akan meninggalkan Stamford Bridge dan menyertai Real Madrid musim depan.

Bintang antarabangsa Belgium itu berkata,  peluang untuk dia meninggalkan Chelsea walaupun gembira bersama The Blues.

Kelab gergasi Eropah Real Madrid difahamkan berminat untuk ‘meminang’ bintang sayap Belgium itu dan berpeluang mengambil kesempatan dengan sebarang kekecewaan sekiranya Chelsea gagal mempertahankan gelarannya musim ini.

Pasukan kaya di Perancis, Paris Saint Germain juga begitu terdesak untuk mendapatkan khidmat Hazard untuk memperkasa jentera serangan mereka dalam Ligue 1 dan saingan Juara-Juara Eropah.

Chelsea bakal berdepan pendahulu La Liga Barcelona pada malam Selasa menjelang aksi kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Aksi itu diramal akan menamatkan saingan Chelsea dan Hazard dalam kempen Eropah lebih awal.

Pemain berusia 27 tahun itu masih belum menandatangani kontrak baharu bersama The Blues.

Kini dia mengakui terdapat potensi untuk meninggalkan kelab itu pada masa hadapan.

Dalam satu temubual khas bersama outlet Belgium, Telefoot; “Saya masih terikat dengan kontrak berbaki dua tahun lagi di Stamford Bridge dan sangat gembira di sana.

“Penyokong kelab sayang saya dan ahli keluarga saya menikmati suasana kehidupan di kota London.

“Kita akan tunggu dan lihat apa perkembangannya nanti kerana dalam bola sepak tiada yang kekal.

“Setiap tahun mereka berbisik mengenai Real Madrid atau PSG, tetapi bila tiba masa saya untuk menukar kelab, saya sanggup tetapi buat masa ini saya tidak akan ke mana-mana,” jelasnya.- MalaysiaGazette