Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dipanggil untuk dirakamkan percakapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.

Beliau disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran artikel mengenai pengurusan hasil negara, yang dikaitkan secara palsu dengan pihak dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“LHDN menggunalan artikel penulisan saya yang telah disiarkan dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily bertajuk ,”Gagal urus belanja negara, rakyat jadi mangsa GST zalim”.

“Artikel itu antara lain menjelaskan, hutang kerajaan Malaysia yang sentiasa meningkat sejak 1997 menjadi sebab untuk kerajaan perkenalkan sistem cukai yang zalim iaitu GST,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini. – MalaysiaGazette