Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi akhirnya ‘muncul’ membuat kenyataan mengenai keadaan dirinya di Facebook selepas tidak dicalonkan BN Johor untuk bertanding pada PRU14. - Gambar facebook.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi akhirnya ‘muncul’ membuat kenyataan mengenai keadaan dirinya di Facebook selepas tidak dicalonkan BN Johor untuk bertanding pada PRU14. - Gambar facebook.

BATU PAHAT – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi akhirnya ‘muncul’ membuat kenyataan di Facebook selepas tidak dicalonkan BN Johor untuk bertanding pada PRU14.

“Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 buah sekolah menyampaikan sumbangan RM6K kepada setiap Kelab Bilik Guru (KEBIRU),” katanya ringkas seperti yang dimuat naik di laman Facebook DrPuad Zarkashi.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu dipercayai yang pertama dibuat Mohd. Puad, malah usaha pihak media untuk mendapatkannya sejak semalam juga gagal apabila panggilan telefon dan Whatsapp tidak dibalas.

Mohd. Puad sejak semalam diburu pihak media sebaik sahaja satu kenyataannya mahu bertanding sebagai calon bebas selepas tidak tercalon dipercayai dibuat beliau melalui aplikasi Whatsapp yang kemudiannya tular.

Pada PRU14 ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak dicalonkan sebaliknya BN meletakkan Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah bagi merampas kembali kerusi parlimen itu daripada PKR.

Pada PRU13, Mohd. Puad yang memperoleh 36,935 undi tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd. Idris Jusi yang mendapat 38,667 dengan majoriti 1,732 undi. – MalaysiaGazette