Maya karin, petisyen, promosi
Petisyen yang dipromosi oleh Maya Karin menerusi akaun Twitternnya

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Maya Karin menyeru agar orang ramai menghulurkan bantuan kepada Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia menerusi petisyen.

Petisyen yang perlu ditandatangan adalah salah satu cara untuk meminta kerajaan persekutuan mengekalkan dan memperkasa portfolio berkaitan alam sekitar.

“Kepada anda semua yang dihormati, kami cuba untuk mencari kira-kira 20,000 tandatangan untuk memberi impak.

“Petisyen ini terdapat dalam bahasa Inggeris, BM (Bahasa Malaysia), Tamil dan Mandarin. Sila kongsikan dan galakkan lebih ramai orang untuk tanda tangan. Kami memerlukan semua bantuan anda untuk melakukan perkara ini,” tulisnya dalam akaun Twitter baru-baru ini.

Setakat ini sudah lebih 26,428 orang yang menyokong dan menandatangani petisyen yang dimulakan sejak 18 Mei lalu.

Kumpulan tersebut menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio ini dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 14 anggota Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Dalam Kabinet yang diumumkan tidak ada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.-MalaysiaGazette