Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris.

SERENDAH – Pemimpin UMNO masih boleh terus berbakti kepada rakyat walaupun kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU-14 lalu.

Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, selain berkhidmat menerusi parti, golongan pemimpin boleh menggunakan pendekatan lain dengan melibatkan diri dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan.

Beliau berkata, sebagai ahli politik sejati, menggunakan pelbagai ‘pentas’ lain merupakan pilihan terbaik selepas tidak memiliki mempunyai jawatan dalam kerajaan.

“Kekalahan BN pada PRU14 tidak seharusnya menjadi titik penamat perjuangan bakti UMNO yang telah 72 tahun menabur jasa kepada rakyat.

“Pemimpin UMNO dan BN masih boleh berkhidmat kepada rakyat dan tidak semestinya perlu ada jawatan besar dalam kerajaan kerana cara khidmat itu boleh diterjemahkan melalui pelbagai cara.

“Contohnya, melalui badan bukan kerajaan (NGO) yayasan kebajikan atau sebagainya pun kita boleh bergerak untuk buat kerja-kerja amal membantu rakyat,” katanya.

Najmil Faiz (berjubah putih) dan isteri, Ida Suraya menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak-anak yatim di Pusat Dakwah Islam Nasrussyifa El-Suraya di Taman Serendah Utama, Serendah, malam tadi.
Najmil Faiz (berjubah putih) dan isteri, Ida Suraya menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim di Pusat Dakwah Islam Nasrussyifa El-Suraya di Taman Serendah Utama, Serendah, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri di Pusat Dakwah Islam Nasrussyifa El-Suraya (Nasrussyifa) di Taman Serendah Utama, Serendah, malam tadi. Hadir sama isterinya Datuk Ida Suraya Mustapha.

Mengulas lanjut, Najmil Faiz yang juga Penaung Nasrussyifa berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini, beliau lebih gemar mengambil pendekatan ‘terus berkhidmat’ menggunakan saluran pusat dakwah berkenaan kepada masyarakat.

“Rakyat sudah memilih kerajaan jadi adalah lebih baik masing-masing kita terus melakukan kebaikan sambil berdoa dan berharap kerajaan baharu ini dapat menunaikan segala manifesto dijanjikan.

“Jika PH mampu menjadi kerajaan lebih baik, saya akan terus menyokong kalau sebaliknya, mungkin mereka pun akan ditukar pada PRU akan datang,” katanya yang turut terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Seranta Felcra pada hujung bulan depan selepas PH mengambil alih kerajaan.

Najmil Faiz juga ketika ini adalah Pengerusi Yayasan Kebajikan Insan (YAKIN). – MalaysiaGazatte

Nasrussyifa El-Suraya di Taman Serendah Utama, Serendah, Rawang malam tadi.
Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim di Pusat Dakwah Islam Nasrussyifa El-Suraya di Taman Serendah Utama, Serendah, Rawang malam tadi.