Naib Pergerakan Pemuda UMNO merangkap Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menunjukkan senarai manifesto beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JUN 2018
Naib Pergerakan Pemuda UMNO merangkap Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menunjukkan senarai manifesto beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Senator Khairul Azwan Harun bersedia menyumbang separuh daripada gajinya sebagai Ahli Dewan Negara kepada Pergerakan Pemuda UMNO sekiranya dipilih sebagai ketua pemuda pada pemilihan parti akan datang.

Lebih dikenali dengan panggilan Azwanbro, beliau berkata, sumbangan itu merupakan komitmen peribadi kepada parti  yang yang perlu dibantu selepas kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

“Saya ingin memaklumkan, saya akan menyumbang 50 peratus gaji saya sebagai senator kepada Pemuda. Ini merupakan komitmen saya sekiranya saya dipilih sebagai ketua.

“Memandangkan parti saya kini merupakan sebuah parti pembangkang, saya akan laksanakan komitmen itu untuk membiayai parti ,” katanya yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO pada sidang media di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.

Tempoh tamat perkhidmatan Khairul Azwan sebagai senator adalah pada Disember 2019.

Berdasarkan semakan, gaji diperoleh senator ialah RM16,000 sebulan tidak termasuk elaun.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, langkah yang diambilnya itu dilakukan selepas melihat parti yang diwakilinya pada ketika ini sangat perlu untuk dibantu.

Ujarnya, banyak lagi perkara akan dilakukan sekiranya beliau diberi mandat untuk menerajui sayap pergerakan parti itu. – MalaysiaGazette