AWO
Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR- Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dikatakan sedang berunding berhubung terma perletakan jawatannya yang dijangka seawal bulan depan.

Menurut Bloomberg yang memetik satu laporan berita, Wahid juga dijangka melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Property Bhd.

Beliau bagaimanapun enggan memberi komen mengenai perancangannya itu ketika ditemui baru-baru ini, lapor akhbar berkenaan.

Wahid dilantik sebagai Pengerusi PNB selepas penggal perkhidmatannya sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Unit Perancangan Ekonomi tamat pada Jun 2016.

Beliau sebelum itu pernah menerajui kumpulan perbankan terbesar Malaysia dan salah satu bank utama di Asia Tenggara, Maybank pada Mei 2008 sehingga Jun 2013.- Agensi