Seramai 433,536 calon UPSR adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menyaksikan daripada 440,782 calon menduduki peperiksaan itu seramai 4,896 calon lulus dengan gred A dalam semua subjek.
Bagi 523 sekolah Tamil dengan 14,674 calon UPSR, seramai 161 murid berjaya lulus cemerlang.
Selangor mendahului negeri lain dengan bilangan murid India mendapat gred A dalam semua mata pelajaran seramai 56 orang.
Disamping itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, Klang muncul sekolah Tamil terbaik dengan 18 muridnya lulus dengan cemerlang walaupun format baharu UPSR yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi diperkenalkan.
Mengikut statistik pencapaian UPSR sekolah Tamil di setiap negeri, Selangor mendahului senarai dengan seramai 56 calon India lulus cemerlang dalam semua subjek diikuti Johor (28 calon), Perak (18), Negeri Sembilan (16), Kedah (16), Pahang (9) Pulau Pinang (6) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5) dan Melaka (7).
Agak sukar membuat perbandingan dengan keputusan tahun lepas memandangkan format peperiksaan yang berbeza.
Tetapi jika melihat kepada pencapaian sekolah Tamil pada tahun lepas, seramai 767 murid sekolah Tamil memperolehi gred A dalam tujuh subjel 7A yang diambilberbanding 1,007 murid pada 2014 dan 1,298 pelajar mendapat 7A pada 2013.
Bagaimanapun, sistem KSSR menyaksikan lapan kertas peperiksaan ditetapkan iaitu penambahan kertas Bahasa Inggeris bagi penulisan yang mana ramai gagal memperolehi A yang dilihat sebagai punca penurunan jumlah pelajar yang memperolehi gred A dalam lapan subjek.
Apa yang pasti format baharu itu membuka lembaran baharu kepada sekolah Tamil.
Walaupun bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan itu sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun dari segi peratusan memperlihatkan peningkatan, sekali gus memberi petunjuk masa depan yang lebih cerah kepada sekolah Tamil.
Sebagai contoh, sebanyak 21 sekolah Tamil di Pdrak merekodkan kelulusan 100 peratus, memecahkan rekod sebelum ini manakala di Johor, peratusan lulus meningkat kepada 72.83 peratus berbanding 72.2 peratus sebelum ini.
Jika sebelum ini semua pihak, termasuk sekolah berlumba untuk melihat bilangan murid mendapat gred A dalam tujuh mata pelajaran namun format baharu itu telah memadam pendekatan yang menitik bratkan pemahanan yang tinggi memberi perkembangan positif terhadap peratusan murid yang lulus.