Harga minyak dunia masih melepasi AS$50 setong pada hari ini selepas Kuwait bersedia mengurangkan bekalan yang lebih besar daripada jangkaan mulai Januari ini.

Niaga hadapan Brent pada harga AS$54.29 setong naik 0.5 peratus. West Texas Intermediate (WTI) bertambah 0.61 peratus kepada AS$51.21 setong.

Harga minyak kembali tinggi sebaik sahaja Kuwait, ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), memaklumkan kepada pelanggan ia akan memotong bekalan mulai awal tahun depan.

OPEC dan bukan OPEC bersetuju untuk mengurangkan bekalan minyak hampir 1.8 juta tong sehari bagi memantapkan semula pasaran bahan api. – MalaysiaGazette