Home Dunia Tiada satu negara dikecualikan prinsip ‘Satu China’

Tiada satu negara dikecualikan prinsip ‘Satu China’

Prinsip ‘Satu China’ adalah asas untuk membangunkan hubungan dengan China dan tidak ada negara boleh terkecuali kepada peraturan tersebut, Menteri Luar China, Wang Yi kepada Perancis.

Bercakap kepada rakan sejawatnya, Jean-Marc Ayrault, Wang berkata, isu Taiwan melibatkan kedaulatan China dan integriti wilayah.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar China.

“Prinsip ‘Satu China’ merupakan prasyarat dan asas bagi negara-negara lain untuk membangunkan hubungan dengan China. Dan apabila ia melibatkan perkara ini, isu penting betul atau salah, tidak ada negara boleh mendapat pengecualian,” kata kenyataan itu.

Tindakan Donald Trump bercakap dengan Presiden Taiwan telah mengecewakan China. Ini kerana China isytihar Taiwan adalah wilayahnya.

Panggilan telefon itu telah menimbulkan keraguan terhadap dasar hampir empat dekad Washington yang mengiktiraf Taiwan adalah sebahagian daripada “satu China”.

Wang menghargai Ayrault kerana jelas dengan pendirian China berhubung ‘Satu China’. – MalaysiaGazette