Home Dunia Duterte mengaku tembak 3 lelaki

Duterte mengaku tembak 3 lelaki

Rodrigo Duterte

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengesahkan beliau pernah menembak mati tiga lelaki ketika menjadi Datuk Bandar Davao.

Beliau berkata: “Saya membunuh kira-kira tiga orang … Saya tidak tahu berapa banyak peluru dari pistol saya masuk ke dalam tubuh mereka. Ia berlaku dan saya tidak boleh berbohong mengenainya..”

Kenyataan beliau dibuat beberapa jam selepas jurucakapnya menafikan Duterte pernah terlibat membunuh orang.

Kontroversi itu bermula baru-baru ini di istana presiden.

Duterte dilaporkan memberitahu kepada sekumpulan pemimpin perniagaan: “Di Davao, saya pernah membunuh untuk menunjukkan kepada polis jika saya boleh melakukannya mengapa mereka tidak boleh”.

Duterte adalah Datuk Bandar Davao selama dua dekad, yang mana beliau didakwa menangani jenayah dengan cara kejam dan dituduh menaja skuad pembunuh.

Bercakap mengenai pembunuhan tiga lelaki pada tahun 2015, Duterte berkata, mereka disyaki menculik dan merogol.

Duterte berjanji untuk berperang ke atas pengedar dadah sehingga ke akhir tempoh pemerintahannya.

Hampir 6,000 orang dikatakan telah dibunuh oleh polis dan tentera upahan di Filipina sejak Duterte melancarkan perang dadah. – MalaysiaGazette