KUALA LUMPUR – Seorang pemotong rumput tidak menyedari dia menunggang motosikal bersama-sama seekor ular sawa. Dia hanya menyedari hal itu apabila mahu mengisi minyak motosikalnya itu.

Salim, 25, rakyat Bangladesh memberitahu, dia keluar dari rumahnya seperti rutin pada jam 8.30 pagi di Seri Kembangan.

Setelah itu dia memotong romput di sebuah rumah kira-kira 7 kilometer dari kediamannya dia singgahsebentar di sebuah restoran berhampiran untuk bersarapan.

Melihat minyak motosikalnya semakin berkurangan, dia mengambil keputusan untuk mengisi minyak terlebih dahulu.

Sejurus membayar di kaunter, Salim membuka tempat duduk motosikalnya. Namun dia terkejut apabila mendapati seekor ular sawa ‘menumpang’ motosikalnya.

ular2“Saya rasa ular itu naik motosikal saya malam semalam sebab saya letak di tepi semak. Malam semalam pun hujan mungkin ular itu hendak tumpang,” jelas Salim sambil ketawa.

Salim yang sudah tujuh tahun berada di Malaysia memberitahu dia takut dengan ular.

Sebelum ini dia biasa terjumpa dengan ular ketika memotong rumput, bagaimanapun ular biasanya akan lari setelah mendengar bunyi bising mesin rumput.

“Kalau ikutkan saya, saya nak bunuh ular itu dengan mesin rumput tapi nak buka balik tempat duduk itu pun saya tak berani,” katanya

Melihat situasi panik yang menyebabkan ramai orang takut untuk membantu, pekerja stesen minyak berkenaan bertindak menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bomba yang tiba tidak lama selepas itu, menangkap anak ular sawa sepanjang kira-kira 2 meter itu. — MalaysiaGazette