Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, iaitu 151.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 63 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana, termasuk di Sri Aman, Sarawak (98); Batu Pahat, Johor (81); Cheras, Kuala Lumpur (69); Klang, Selangor (62); dan Kimanis, Sabah (56).

Tiga kawasan mencatatkan tahap bacaan baik iaitu Tanah Merah, Kelantan (47); Langkawi, Kedah (46) dan Besut, Terengganu (43).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here