Home Ekonomi SC batal CMSRL Yap Yeng Chong

SC batal CMSRL Yap Yeng Chong

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) milik Yap Yeng Chong (Yap) bagi aktiviti perancangan kewangan yang dikawal selia di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 22 Ogos lalu.

Yap sebelum ini berkhidmat dengan PM Securities Sdn Bhd dan CMSRL dibatalkan apabila dia didapati seorang bankrap yang belum dilepaskan, kata SC dalam kenyataan di sini.

Beliau juga tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan SC dalam masa yang ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah CMSA. – MalaysiaGazette