BNM

Bank Negara Malaysia memberitahu, ‘pengaruh buruk’ daripada pasaran kontrak hadapan tidak boleh diserahkan (non-deliverable forward – NFD) kepada ringgit berjaya dikurangkan, menjadikan usahanya untuk membendung masalah tersebut di pasaran luar pesisir berjaya.

Bulan lalu, bank pusat telah mula cuba untuk memaksa pedagang matawang asing menghentikan tindakan mereka yang menyebabkan ringgit semakin jatuh serta meminta bank-bank menandatangani komitmen untuk menggantung dagangan ringgit di pasaran NFD luar pesisir.

Bank Negara juga berkata, ia akan memperkenalkan beberapa langkah untuk merangsang dagangan ringgit pesisir.

Kecairan pasaran matawang asing pesisir merekokan jumlah purata harian sekitar AS$9 bilion bulan ini berbanding AS$8 bilion 11 bulan sebelumnya.

Aliran matawang asing termasuk bekalan dan permintaan daripada kesemua peserta utama terutama import/eksport dan pelaburan langsung,” kata Bank Negara dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette