Vladimir Putin.

MOSCOW – Rusia tidak akan mengusir mana-mana diplomat Amerika Syarikat (AS) selepas negara itu membuat keputusan mengejutkan menghalau keluar diplomat Rusia kerana didakwa campur tangan dalam pilihan raya.

“Kita tidak akan menimbulkan masalah kepada diplomat Amerika. Kami tidak akan mengusir sesiapa,” kata Putin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kremlin.

Sebaliknya, beliau menjemput anak-anak diplomat AS untuk parti di Kremlin.

Bagaimanapun, Presider Vladimir Puttin berkata, Moscow berhak bertindak balas selepas keputusan Washington untuk mengusir 35 diplomat dalam tempoh 72 jam untuk meninggalkan negara tersebut.

“Mengikut amalan antarabangsa, Rusia mempunyai semua alasan untuk bertindak,” kata Putin selepas kenyataan Menteri Luar, Sergei Lavrov yang mencadangkan tindak balas dilakukan.

Putin berkata, negara itu akan merancang langkah seterusnya dalam memulihkan hubungan AS-Rusia berdasarkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran bakal Presiden Donald Trump. – MalaysiaGazette