R.S. Mohan Shan

KUALA LUMPUR- Malaysia Hindu Sangam (MHS) hari ini mengesahkan para penganut Hindu di negara ini akan menyambut Thaipusam pada 9 Februari depan.

Presidennya, Datuk R.S.Mohan Shan berkata, sambutan itu tidak akan disambut pada 10 Februari seperti yang dicetak dalam sebilangan kalendar tahunan.

“Sambutan kali ini adalah tetap pada tarikh 9 Februari depan, bukannya 10 Februari seperti yang ditularkan.

“Setiap perayaan komuniti India di negara ini ditetapkan berdasarkan kalender Tamil yang teratur mengikut agama. Penganut Hindu dan pelancong tidak perlu keliru selepas ini,” katanya dalam  satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambah R. S. Mohan, berlaku kesilapan dimana beberapa kalender am di negara ini tersilap cetak tarikh sambutan Thaipusam pada 10 Februari depan.

Beliau menjelaskan pihaknya akan lebih peka dalam soal sebegini di masa akan datang. – Malaysia Nanban