Pesawat Sunwing Airlines

KANADA – Seorang juruterbang yang mabuk dalam kokpit telah ditahan sejurus sebelum berlepas di Kanada.

Dua jam selepas ditangkap, lelaki berusia 37 tahun itu didapati had daripada tiga kali undang-undang alkohol di dalam badannya.

Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Sunwing itu kemudian berlepas dari Calgary ke Cancun, Mexico, dengan juruterbang yang berbeza.

Ketika kejadian terdapat lebih daripada 100 orang di atas kapal.

Juruterbang itu ditahan selepas kakitangan perasan dia berkelakuan pelik dan kemudian dia pengsan. Mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa dan lelaki itu diiringi keluar dari kokpit.

Beliau kini didakwa dalam keadaan ‘terjejas’ ketika berada dalam pesawat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast