Home Dunia 35 diplomat Rusia tinggalkan AS

35 diplomat Rusia tinggalkan AS

Pesawat yang membawa pulang 35 diplomat Rusia keluar dari Amerika Syarikat. Foto BBC

WASHINGTON – Seramai 35 diplomat Rusia yang diusir dari Amerika Syarikat oleh Presiden Barack Obama telah meninggalkan negara itu, menurut agensi berita Rusia.

Seorang pegawai kedutaan berkata, sebuah pesawat negara itu telah mengambil semua kakitangan yang terlibat dan keluarga mereka.

Obama mengusir diplomat-diplomat Rusia sebagai tindak balas kepada dakwaan menggodam kempen Parti Demokrat Amerika Syarikat dan Hillary Clinton semasa pilihan raya presiden 2016.

Mereka diarahkan keluar dari Amerika Syarikat dalam tempoh 72 jam.

Jurucakap kedutaan Rusia di Amerika Syarikat yang dipetik oleh agensi berita TASS mengesahkan pelepasan pesawat dari Washington pada Tahun Baru. – MalaysiaGazette