Pesawat Eaglexpress yang membawa balik kakitangan dari Jeddah selamat tiba di KLIA kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Kakitangan Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. yang masih berada di Jeddah masih tidak tahu bila syarikat penerbangan itu akan membawa mereka balik ke Kuala Lumpur.

Selepas beberapa kali penerbangan tertangguh memang sukar untuk meramalkan tarikh sebenar.

“Semua di sini tidak sabar hendak balik tetapi apa boleh buat, tunggu dan tunggu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang keadaan pekerja semakin sukar kerana kebanyakan visa pekerja tamat tempoh pada sejak Disember lagi.

Kalau hendak balik sendiri terpaksa melalui kaunter imigresen dan ia sudah tentu akan menimbulkan masalah lain.

“Jadi tunggulah. Balik esok atau bila-bila, kita tunggu arahan daripada pengurusan tetapi kalau kakitangan yang tidak ada masalah visa mereka dibenarkan balik menggunakan duit sendiri,” tambah beliau.

Meskipun enggan mengulas lanjut kehidupan di sana, kakitangan Eaglexpress itu mengakui mereka terpaksa ikat perut sebab kakitangan telah diminta supaya bersiap-sedia untuk berlepas balik sebelum ini.

“Barang-barang sudah kemas dan bekalan makanan yang ada telah dihabiskan,” tambahnya.

Ditanya mengapa Eaglexpress mengambil masa untuk membawa kesemua kakitangan di sana pulang ke Malaysia, beliau berkata: “Kami tidak diberitahu apa-apa. Maklumat yang diterima pun macam-macam versi”. – MalaysiaGazette