Ubat Ternolol 50 yang ditarik balik penggunaannya oleh KKM pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggil balik ubat Ternolol 50 pada label blister yang dicetak dengan Ternolol Tab 100mg.

Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi.

Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan, yang mana ianya dibekalkan.

Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu, katanya.

NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast