KUALA NERUS, 6 Jan -- Mangsa banjir terpaksa menggunakan bot untuk berulang alik ke jalan utama setelah kawasan rumah mereka dilanda banjir akibat limpahan Sungai Nerus di Kampung Lapang Sira hari ini. -- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir yang semakin pulih membolehkan kebanyakan sekolah di negeri Terengganu dibuka esok.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, hanya terdapat empat buah sekolah sahaja akan ditutup esok.

Sekolah-sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Banggol Peradong yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir.

Manakala Sekolah Kebangsaan Sungai Las di Setiu pulak terpaksa ditutup kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat.

Penutupan empat sekolah tersebut melibatkan 1,970 murid, 180 guru dan 28 kakitangan lain, kata Sharuddin.

Semua sekolah di daerah yang terjejas teruk akibat banjir minggu lepas iaitu Hulu Terengganu dan Besut pula akan dibuka esok setelah kerja-kerja pembersihan diselesaikan.

Sehingga pukul empat petang ini, lebih 1,000 orang mangsa masih berada di tujuh pusat pemindahan di Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.- MalaysiaGazette