Home Dunia Rusia dilihat ancam AS

Rusia dilihat ancam AS

WASHINGTON – Warga Amerika Syarikat kini lebih prihatin terhadap potensi ancaman Rusia berbanding sebelum kempen Presiden Amerika Syarikat.

Ia adalah hasil tinjauan oleh Reuters.

Tinjauan itu dilakukan pada 9 hingga 12 Januari lalu mendapati 82 peratus daripada orang dewasa Amerika, termasuk 84 peratus daripada Demokrat dan 82 peratus daripada Republikan, menyifatkan Rusia sebagai ancaman umum ke Amerika Syarikat.

Jumlah itu meningkat berbanding 76 peratus pada tinjauan Mac 2015 apabila soalan sama ditanya.

Kebimbangan itu meningkat selepas musim pilihan raya, yang mana Demokrat dan lain-lain menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hubungan kewangan Donald Trump.

Perkara itu timbul selepas komuniti perisikan negara itu menuduh Rusia terlibat dalam serangan siber semasa pilihan raya.

Trump telah berkali-kali memuji Presiden Rusia Vladimir Putin yang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang kuat.

Semasa kempen, Trump telah memberi isyarat akan mengambil langkah lebih lembut dalam menangani Moscow,  hanya baru-baru menerima bahawa Rusia telah melakukan penggodaman selepas taklimat terperinci daripada pegawai-pegawai perisikan.

Trump pada mulanya mengkritik hasil siasatan itu berkata, pelakunya mungkin China atau “seseorang duduk di atas katil yang mempunyai berat 400 pound.

Undian yang dijalankan itu meminta warga Amerika Syarikat memberi skala kepada Rusia dan negara-negara lain pada skala 5 mata daripada “tiada ancaman” kepada “ancaman pasti”.

Daripada undian itu didapati, warga Amerika Syarikat lebih cenderung untuk melabelkan Rusia sebagai satu  ancaman berbanding Iran, Syria, China, Arab Saudi, Cuba atau Yaman.

Hanya Korea Utara diberi kedudukan lebih tinggi, dengan 86 peratus rakyat Amerika melabelkan beliau sebagai satu ancaman.

Kira-kira 25 peratus rakyat Amerika Syarikat telah memberi undian kepada Rusia dengan kebimbangan tertinggi, dan melabelkannya satu “ancaman pasti.”

Undian Reuters itu dilakukan secara atas talian dalam bahasa Inggeris melibatkan 50 negeri, melibatkan 1,169 orang dewasa. – MalaysiaGazette