Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Uttar Pradesh yang mengorbankan 15 kanak-kanak terbunuh. Foto Agensi

LUCKNOW – Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak terbunuh dan 45 lagi cedera selepas bas sekolah yang dinaiki bertembung dengan trak di Uttar Pradesh.

Polis berkata, 14 orang kanak-kanak lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kemalangan itu berlaku pada pagi tadi di Etah, kira-kira 265 kilometer dari bandar Lucknow.

Mangsa-mangsa kemalangan itu berumur antara 3 hingga 12 tahun dan belajar di sekolah tempatan.

Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kemalangan itu amat tragis. – MalaysiaGazette