Home Ekonomi Kontrak KLCI dijangka catat prestasi baik minggu depan

Kontrak KLCI dijangka catat prestasi baik minggu depan

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatat prestasi yang lebih baik pada minggu depan, sejajar dengan jangkaan kenaikan pasaran tunai.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, petunjuk pasaran FBM KLCI dijangka mencecah paras 1,680 minggu depan berikutan sentimen yang lebih baik susulan pengukuhan ringgit.

“Asas kami masih kukuh, hanya sentimen yang mempengaruhi pasaran,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata ini dapat dilihat daripada keyakinan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara akan pulih pada tahun ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Januari 2017 turun 8.5 mata kepada 1,666.5, Februari 2017 dan Mac 2017, masing-masing merosot tujuh mata kepada 1,666.5 dan 1,663, dan Jun 2017 susut 1.5 mata kepada 1,658.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini merosot kepada 22,831 lot daripada 30,185 lot pada Jumaat lepas, dan kepentingan terbuka susut kepada 27,874 kontrak daripada 30,026 kontrak sebelum ini.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 7.61 mata kepada 1,664.89 semasa mengakhiri minggu ini, daripada 1,672.5 pada Jumaat lepas. – MalaysiaGazette