Pasport Malaysia

KUALA LUMPUR – Kedudukan Malaysia setara dengan New Zealand, Ireland dan Kanada dengan Skor Bebas-Visa (VFS) 154 mata, menurut laman web passportindex.

VFS mengambil kira kebebasan visa dan keistimewaan ketibaan dengan visa.

Negara yang mendapat skor tertinggi mempunyai mobiliti lebih baik sebagai pemegang pasport.

Dengan pasport Malaysia, pemegang boleh akses bebas visa ke 117 negara dan keistimewaan ketibaan dengan visa di 37 buah negara.

Pasport paling berkuasa di dunia ialah Jerman dengan VFS sebanyak 158 mata.

Manakala Singapura dan Sweden di tempat kedua 157 mata.

Tempat ketiga ialah Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway, United Kingdom dan Amerika Syarikat dengan 156 mata.

Kedudukan keempat ialah Itali, Belanda, Belgium, Austria, Luxembourg, Portugal dan Jepun dengan 155 mata. – MalaysiaGazette