Aliff Syukri
Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengeluarkan kenyataan dalam sebuah rancangan realiti TV, Oh Abang Kosmetik pada Isnin lalu, seorang peniaga tersinggung dengan Datuk Aliff Syukri.

Dalam Episod Tiga itu, jutawan kosmetik itu telah membuat penyamaran sebagai seorang gelandangan yang meminta sedekah di sebuah pasar tani.

Dalam episod itu,  pengasas produk D’Herb telah menceritakan pengalamannya ketika menjadi gelandangan yang meminta sedekah.

Semalam, peniaga kopiah itu melahirkan rasa hatinya di laman sosial secara terbuka apabila wajahnya bersama kedainya tersiar di dalam berkenaan.

Berikut merupakan kenyataan daripada peniaga kopiah yang ditulis di laman Facebooknya.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.617407.1485324881!/image/image.jpg

Sehubungan dengan kejadian itu, Aliff  dengan ikhlas terus memohon maaf terhadap peniaga kopiah tersebut melalui video di Instagram.

Melalui video berdurasi 50 saat itu, Aliff berkata:

“Assalamualaikum semua, saya ingin membuat permohonan maaf kepada mereka yang terlibat dalam rancangan Oh Abang Kosmetik di pasar tani terutamanya abang kopiah kerana dia banyak terasa hati dan saya hanya menjalankan tugas, tuntutan kerja untuk rancangan tersebut dan saya tak sangka perkara ini akan menjadi besar.

“Ia adalah sebuah rancangan realiti show dan saya juga telah berjumpa dengan beberapa orang di pasar tersebut tetapi saya tidak menyangka pakcik songkok itu yang keluar.

“Saya minta maaf kalau ada salah saya dan saya tau saya bersalah, saya janji saya tak buat lagi. Saya minta maaf banyak-banyak,”. – MalaysiaGazette