Pemain Harimau Malaya, Paulo Josue mengasak pemain Taiwan, Wang Chien-Ming pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Paulo Josue antara tiga pemain baharu yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya.

Turut dipanggil jurulatih interim Malaysia, Tan Cheng Hoe adalah dua tonggak Selangor FC, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan tiga pemain iaitu Romel Morales, Sergio Aguero dan Faris Danish Asrul.

Ketiga-tiga pemain dipanggil daripada 13 pemain yang berada dalam senarai menunggu yang diumumkan sebelum ini.

“Ya, kita ada 23 (pemain) skuad dalam pasukan dan sudah tentu kita ada tiga pemain yang mengalami kecerahan. Kita terpaksa menukarkan pemain tersebut.

“Pemain tersebut ialah Farish Danish, kita gantikan dengan Harith Haikal dan Sergio Aguero, kita ganti dengan Syahir Bashar dan Romel Morales, kita ganti dengan Paulo Josue. Yang lain kita harap dalam keadaan yang terbaik,” katanya kepada media di sini hari ini.

Josue menyertai Bergson da Silva, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, G. Pavithran dan Fergus Tierney di bahagian serangan.

Harith Haiqal pula menyertai Dion Cools, Brad Tapp, La’Vere Corbin Ong, Daniel Ting, Quentin Cheng, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Safari.

Syahir pula bakal bersaing dengan Hong Wan, Nazmi Faiz Mansor, Manuel Hidalgo, Nooa Laine dan Stuart Wilkin. Kem negara akan berlatih sehari di Malaysia sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia pada 22 September.

Malaysia akan membuka kempen Piala FIFA ASEAN 2026 dalam Kumpulan A dengan menentang Bangladesh pada 25 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here