Home Dunia PBB kutuk pembinaan penempatan Israel

PBB kutuk pembinaan penempatan Israel

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat.

Jurucakap PBB berkata, tindakan autonomi adalah penghalang kepada keamanan antara kedua-duanya wilayah yang bergolak itu.

Semalam, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel akan membina 2,500 rumah di penempatan Yahudi.

Ia adalah pengumuman kali kedua oleh pihak berkuasa Israel sejak Donald Trump mengambil alih jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Pegawai Palestin berkata, pelan menjejaskan harapan perdamaian antara Palestine dan Israel.

“Dalam hal ini, sebarang keputusan unilateral (autonomi) boleh menjadi penghalang kepada matlamat dua negara adalah kebimbangan kepada Setiausaha Agung.

“Terdapat keperluan bagi kedua-dua pihak untuk melakukan rundingan bona fide untuk mencapai matlamat kedua-duanya,” katanya.

Trump menyatakan beliau lebih bersimpati dengan pembinaan penempatan daripada pendahulunya, Barack Obama dan telah melantik penyokong penyelesaian penempatan sebagai duta ke Israel.

Bulan lalu, beliau mengkritik Obama yang menolak veto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut Israel segera menghentikan semua aktiviti penempatan dan memberi amaran pembinaan itu akan menyukarkan rundingan antara kedua-duanya.

Kira-kira 500,000 bangsa Yahudi menetap di kira-kira 140 penempatan sejak Israel menempat di Tebing Barat dan timur Jerusalem.

Penempatan adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Kebanyakan kediaman baru itu akan dibina di Tebing Barat termasuk 902 di Ariel dan 652 di Givat Zeev. – MalaysiaGazette