Najib Razak tiba pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, PWTC. foto SAFWAN MANSOR, 27 JANUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memandang serius pengakuan bekas pegawai kanan Bank Negara Malaysia berhubung isu BMF.

Datuk Seri Najib Razak berkata, pihaknya perlu merujuk kepada BNM terlebih dahulu.

“Satu pengakuan yang saya pandang serius.

“Bagaimanapun saya dan anggota kerajaan perlu dapat ulasan BNM dan pihak-pihak tertentu atas hal terbabit,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO disini petang tadi.

Najib berkata demikian mengulas pendedahan bekas pegawai kanan bank pusat itu seperti disiarkan media semalam.

Sementara itu, beliau yang juga Presiden UMNO itu juga tidak ada masalah sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti dan kerajaan berhubung kes rasuah. – MalaysiaGazette