Proton Iriz

KUALA LUMPUR- Proton Holdings Bhd. (Proton) dijangka mengumumkan rakan kongsi strategik asingnya pada April ini atau selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Mohd. Kenali berkata, terdapat tiga syarikat asing telah disenarai pendek.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan syarikat-syarikat terbabit.

“Pihak-pihak yang telah disenarai pendek ketika ini sedang menyempurnakan ‘due diligence’ untuk memuktamadkan cadangan mereka.

“Walaupun Proton perlu untuk membuat keputusan segera mengenai kerjasama asing ini, kami tetap berhati-hati menilai dan membuat keputusan mengenai cadangan terbaik selepas proses “due diligence” berakhir,” katanya selepas menghadiri satu program di sini hari ini.- MalaysiaGazette