Home Nasional Projek ikan sturgeon: Reman dua bekas pegawai kanan Felda dilanjutkan

Projek ikan sturgeon: Reman dua bekas pegawai kanan Felda dilanjutkan

PUTRAJAYA – Reman terhadap bekas Pengarah Besar Felda dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan projek penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta disambung tiga hari lagi.

Lanjutan reman bermula esok itu dikeluarkan oleh Majistret Putrajaya, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Sementara itu, tiga lagi pegawai yang direman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka telah ditahan sejak Rabu lalu menerusi Op Caviar dan siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette