TORONTO – Seorang perogol bersiri yang menyerang seramai 1,000 orang wanita dan kanak-kanak perempuan di Toronto telah diperintah supaya dihantar pulang ke Malaysia selepas hukuman penjara 24 tahun yang dijalaninya selesai.

Selva Kumar Subbiah, 56, diarahkan ditahan sehingga Ahad ini dan akan diiringi kembali ke negara asalnya di Malaysia oleh tiga pengawal daripada Agensi Perkhidmatan Sempadan.

“Anda adalah pesalah yang paling teruk dan berisiko tinggi yang wujud sebelum saya memulakan karier,” kata Andrew Laut yang mempengerusikan perbicaraan Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada.

Subbiah  didapati bersalah di atas dia dakwaan berasingan mengambil dadah dan melakukan serangan seksual terhadap 30 orang wanita. Tetapi mungkin ada beratus-ratus lagi mangsa, menurut perbicaraan itu.

“Mungkin antara 500 hingga 1,000 orang mungkin telah diserang,” kata Naima Karimullah, peguam daripada Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada.

Dalam perbicaraan itu, fail jenayah Subbiah yang berada dihadapannya setinggi lebih daripada satu kaki.

Pada perbicaraan yang dijalankan pada bulan Jun 2016, Subbiah didapati tidak layak untuk parol kerana beliau dianggap “mungkin akan melakukan suatu kesalahan menyebabkan kematian atau kemudaratan yang serius kepada orang lain”.

Subbiah yang ditahan Sabtu lalu apabila dia layak untuk dibebaskan secara mandatori selepas hukuman penjaranya selesai.

Laut berkata, beliau telah diisytiharkan sebagai “bahaya kepada orang awam” pada bulan November 1994, bermakna dia tidak boleh memohon status pelarian.

Salah satu mangsa Subbiah membeitahu Star, dia berharap dapat menjalani hidup dengan aman apabila Subbiah akhirnya dihantar pulang.

Subbiah berkata, dia sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia selepas meninggalkan negara itu sejak tahun 1980.

“Saya sedia untuk meninggalkan negara ini, tuan,” katanya kepada Laut dalam perbicaraan pada Isnin lalu.

Subbiah sebelum ini berhujah bahawa dia akan menjadi mangsa diskriminasi di Malaysia kerana dia adalah Yahudi.

Malaysia telah meluluskan permit pulang penerbangannya, mahkamah diberitahu dalam perbicaraan tersebut.

Namun, ia tidak menyebut sama ada Subbiah akan bebas di Malaysia atau diserahkan kepada pihak berkuasa.

Subbiah tiba di Kanada pada tahun 1980 tetapi tidak pernah mendapat status penduduk tetap. Dia masuk dengan geran penuntut dan visa pelancong.

Beliau mendakwa menuntut dalam bidang ketuhanan di Universiti McMaster dan Ryerson, tetapi tidak menerima ijazah daripada mana-mana kursus .

Subbiah pernah mengahwini dua wanita, salah seorangnya meninggalkan negara itu kerana didera.

Pada tahun 1992, dia disabitkan salah satu daripada dua perbicaraan yang akhirnya menyebabkan Subbiah dihukum penjara 24 tahun di atas 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan salah guna dadah atau bahan berbahaya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan berpuluh-puluh pertuduhan lain termasuk peras ugut. – MalaysiaGazette