KUALA LUMPUR – Pengundi India di Kuala Kubu Bharu diseru supaya tidak termakan fitnah dan hasutan bahawa kaun itu dipinggirkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, pemimpin India sepatutnya tidak memutarbelitkan fakta, sebaliknya mereka perlu cuba membantu kaum itu.
“Saya sedih kerana keadaan ini (fitnah) sering berulang,” katanya selepas majlis Ramah Mesra Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).
Dalam pada itu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh memohon semua pemimpin India dapat melaksanakan peranan dengan memberikan maklumat tepat. – MalaysiaGazette