Tan Sri Annuar Musa tiba di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan mengenai isu berkaitan penajaan MARA ke atas pasukan bola sepak The Red Worriors (TRW), Putrajaya. foto ASHRAFMUSTAQIM BADRUL MUNIR, 03 FEBRUARI 2017.

PUTRAJAYA – Tan Sri Annuar Musa hari ini hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Beliau tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard dan terus memasuki Ibu Pejabat SPRM.

Annuar Musa, yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pulang ke negara malam ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO tiba dari Auckland pukul malam tadi dengan pesawat MH130.

Ahli Parlimen Ketereh itu pada Selasa lalu dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) bagi memberi laluan kepada proses siasatan membabitkan isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan. – MalaysiaGazette