Reaksi ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika bersarapan pagi dengan para penalayan turut kelihatan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Ir. Mohizam Ibrahim hadir pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Jeti Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

KUALA SELANGOR – Penduduk di Sungai Sembilang, Jeram di sini meminta dibangunkan sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka melaksanakan pelbagai urusan.

Permintaan itu disuarakan semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sungai Sembilang dalam program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor yang bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Dalam program tersebut Najib yang diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Ir Mohizam Ibrahim bersarapan bersama 951 nelayan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Sg Sembilang, Kuala Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan sumbangan bantuan elaun sara hidup kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kg. Sg. Sembilang, Kamaruddin Saraf (empat kanan) pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Jeti Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

Beliau kemudian mengadakan sesi ramah mesra bersama jawatankuasa penduduk di warung Asam Pedas, Sg Sembilang, Kuala Selangor.

Selepas itu, perdana menteri dijangka melakukan tinjauan aktiviti nelayan di jeti Sg Sembilang sebelum kunjungan mesra ke rumah penduduk Kg Jalan Kemajuan, Batu 8, Ijok.

Kemuncak Program ‘Jom Bantu Rakyat’ Parlimen Kuala Selangor berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ijok, Kuala Selangor. – MalaysiaGazette