Pemain pinjaman dari Villarreal ke Hull Ciy membuka gol peryama the Tigers menentang Liverpool dalam aksi EPL di KCOM Stadium malam tadi. Foto Getty Image The Sun

Aksi buruk Liverpool sejak permulaan tahun 2017 berterusan apabila mencatat kekalahan keempat dalam lima aksi LIga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Dalam perlawanan malam tadi, the Reds yang bertandang ke Stadium KCOM dimalukan 2-0 oleh Hull City.

Ia mengeruhkan lagi harapan skuad kendalian Jurgen Klopp untuk melaykkan pasukan ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan menamatkan saingan liga di empat teratas musim ini.

Gol penyerang antarabangsa Senegal, Alfred N’Diaye yang dipinjamkan dari Villarreal membuka gol pertama the Tigers pada minit ke-44 sebelum tamat separuh masa pertama selepas penjaga gol Liverpool Simon Mignolet melepaskan boa yang ditepis ke bawah.

the Tiger beraksi dengan oenuh bertenaga dan bersemangat baru dibawah bimbingan pengurus Marco Silva dan kekebalan bek pertahanan pasukan itu menyusahkan Liverpool yang buntu dalam mencari gol penyamaan.

Nasib Liverpool bertambah teruk apabila Oumar Niasse pemain pinjaman dari Everton menjaringkan gol kemenangan penting pada minit ke-84 untuk Hull City sekali gus memusnahkan harapan Liverpool mencari gol.

Walaupun Liverpool menguasai 80 peratus perlawanan atas padang, namun pasukan itu gagal mencari gol.

Kepulangan pemain penting Liverpool Sadio Mane dari Piala Afrika masih tidak dapat membantu Liverpool mengubah keputusan malam tadi dan ia sangat mengecewakan rekod Klopp di EPL yang bertambah hangat.

Bagi Hull City kemenangan tiga mata itu penting kerana pasukan itu bergelut di zon penyingkiran dengan mengutip 20 mata selepas 24 perlawanan setakat ini. – MalaysiaGazette