Gegaran berskala 6.3 Richter mengeggarkan Pakistan pagi ini namun tiada tanda-tanda awal kerosakan dan mangsa korban, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Katanya, pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 90 kilometer (km) ke selatan bandar Turbat, berhampiran pantai pada kedalaman 10 km di bawah dasar laut.

Jangkaan awal USGS gempa bumi itu berukuran 6.6 skala Richter.

Setakat ini tiada laporan kerosakan dan kematian daripada gempa bumi yang terletak antara pelabuhan Gwadar dan bandar Pasni di wilayah Baluchistan.

Pasni mepunyai penduduk seramai 400,000 orang.

Pada 2013, lebih 1,200 orang terkorban apabila gempa bumi menggegarkan Baluchistan. – Reuters