KOTA BHARU – Virus yang menyebabkan kematian seorang lelaki di Tanah Merah Kelantan baru-baru ini bukan diserang virus misteri seperti dakwaan sesetengah pihak.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, ia cuma penyakit saluran pernafasan yang belum dikenalpasti lagi setakat ini.

Proses ujian makmal dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya, katanya dalam satu kenyataan.

“Buat masa ini, pihak kami percaya punca jangkitan itu adalah daripada bakteria Kledsiella Pneumonia A Typical tetapi belum dapat disahkan lagi…kita dimaklumkan mangsa adalah penghidap diabetes, hipertensi dan asma,” katanya semalam.

Pihaknya juga mendapati sebelum diserang sakit, mangsa berkunjung ke Kajang dan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi tujuan itu.

Seorang lagi anggota keluarga mangsa yang tinggal di Kampung Panglima Bayu di Tanah Merah dekat ini juga mengalami simptom sama dan berada dalam kritikal selepas bapa saudaranya meninggal dunia.

Kira-kira 40 orang daripada keluarga yang sama juga didapati mengalami batuk-batuk dan kini dalam proses rawatan.-MalaysiaGazette