Australia diramal mengalami suhu panas pada bulan ini.

AUSTRALIA – Bekalan elektrik di Australia ditutup dan orang awam diminta tidak pulang ke rumah dan memasak atau menonton televisyen bagi mengelakkan gangguan besar berikutan gelombang haba yang melampau yang bergerak dari pedalaman padang pasir ke pantai timur.

Suhu meningkat kepada 47 Celsius (117 Fahrenheit) di bahagian-bahagian negeri New South Wales (NSW)  dan dan ibu negara Australia

Esok dijangka menyaksikan satu rekod bagi hari Februari yang paling panas.

Panas yang kuat yang menyebabkan harga tenaga jana kuasa melonjak kepada AUS$14,000 bagi setiap mega watt sejam.

Pihak berkuasa telah membuat persediaan untuk menggantung sementara tenaga jana kuasa  sementara ke kawasan terpilih di New South Wales untuk mengelakkan beban lampau selepas 40,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik di Australia Selatan.

Tetapi Australia Energy Market Operator  (AEMO) berkata, bekalan elektrik telah disalurkan tanpa ada gangguan kepada penduduk.

Sebelum ini, Menteri Tenaga NSW, Don Harwin menggesa isi rumah dan perniagaan berjimat cermat menggunakan bekalan elektrik. – MalaysiaGazette