Husam Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa mengenai ada transaksi berkaitan sumbangan RM90 juta kepada Pas mempertahankan kenyataannya parti itu berhasrat menyamannya.

Ahli Dewan Undangan Salor dan bekas Naib Presiden Pas yang kin bersama Parti Amanah Negara itu tidak akan menarik balik apa yang diucapkannya di pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

“Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang didakwa Husam baru-baru ini.

Tuan Ibrahim menafikan dakwaan Husam sekeras-kerasnya Pas menerima dana RM90 juta dari UMNO dan bayaran dibuat melalui Bank Affin.

Tuan Ibrahim juga menyifatkan dakwaan Husam sebagai ‘sambungan rantaian fitnah’ yang pernah didakwa Sarawak Report yang kini juga dalam proses perundangan dengan Pas.

Dalam ceramahnya itu, Husam mendedahkan sumbangan wang RM90 juta kepada Pas itu wujud dan transaksi dilakukan melalui Bank Affin.

Husam berkata, bukti-bukti lain akan dibongkar semasa kempen pilihan raya umum kelak.

Husam dalam kenyataan yang sama beranggapan Tuan Ibrahim tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya tidak passti kenyataan beliau (Tuan Ibrahim) berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian Pas,” katanya.-MalaysiaGazette