Rakyat dari tujuh negara serta pelarian global kini boleh memasuki Amerika Syarikat. Foto Agensi

WASHINGTON – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat menolak larangan Presiden Donald Trump untuk mengharamkan kemasukan warga negara daripada tujuh buah negara.

Mahkamah itu juga memutuskan untuk tidak akan menghalang keputusan Mahkamah Seattle untuk menghentikan perintah itu.

Keputusan mahkamah itu mencetuskan kemarahan Trump.

Dalam Twitternya, Trump berkata, keselamatan negara itu berisiko dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada Trump akan membuat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung atau meneruskan kes di Seattle.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan berkata, kerajaan Trump gagal untuk membuktikan ancaman pengganas bagi melaksanakan larangan ke atas tujuh negara itu.

Dengan keputusan itu, warga negara Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman serta pelarian dari seluruh dunia dengan visa boleh terus memasuki Amerika Syarikat.

Namun, perintah itu tidak melibatkan perintah eksekutif Trump yang menurunkan kemasukan pelarian kepada 50,000 pada tahun fiskal semasa berbanding 110,000 sebelum ini.

Jabatan Keadilan yang membuat rayuan bagi White House dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan “mengkaji semula keputusan itu dan selepas menimbangkan pilihan yang ada”.

Peguam Negara Washingtonm Bob Ferguson, yang melakukan dakwaan terhadap larangan itu berkata, keputusan mahkamah tersebut merupakan satu kemenangan yang lengkap untuk negeri ini.– MalaysiaGazette