Tun Dr. Mahathir Mohamad

ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.

“Kalau PAS tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu. – BERNAMA