SAN FRANCISCO – Seorang jurterbang wanita United Airlines dikeluarkan daripada pesawat yang akan terbang ke San Franciso selepas dia mengeluarkan kata-kata kesat mengenai politik penceraiannya.

Kejadian berlaku sebelum penerbangan United Airlines berlepas dari Austin, Texas.

Tindakan juruterbang itu mendapat perhatian penumpang apabila beliau memasuki pesawat dengan pakaian biasa.

“Beliau berpakaian seperti orang ramai dan meminta kami untuk mengundi sama ada dia perlu berpakaian seragam atau terbang seperti itu,” kata penumpang pesawat itu, Pam O’Neal.

Seorang lagi penumpang, Randy Reiss dalam akaun Twitter menyatakan, juruterbang itu ‘bertanya jika kami OK terbang dengan apa yang beliau pakai dan selepas itu berkata minta maaf, saya sedang dalam proses penceraian,’.

Juruterbang itu kemudian menggunakan sistem pengumuman pesawat mengeluarkan kata-kata kesat mengenai Presiden Donald Trump dan Hillary Clinton.

Berikutan itu, para penumpang yang mahukan juruterbang baharu mula memaklumkan kepada United Airlines menerusi akaun Twitter.

“Dia bermula dengan berkata dia tidak mengundi untuk Trump atau Clinton kerana meraka adalah penipu,” kata penumpang, Noel Portugal.

“Ia adalah sesuatu yang pelik untuk mengalu-alukan penumpang dalam penerbangan anda. Pada kami ia tidak masuk akal,”.

Kira-kira 20 penumpang berkata, mereka tidak berasa selamat dengan juruterbang itu berada dalam kokpit dan berlepas.

Rees dalam akaun Twitternya berkata: “Saya menggeletar ketika ini. Saya baharu sahaja meninggalkan @united flight 455 kerana kaptennya menunjukkan dia secara mental berada dalam keadaan tidak selamat semasa di udara,”.

Selepas juruterbang itu tidak dibenarkan bertugas dia berkata dalam akaun Twitternya: “Seorang juruterbang baharu berada dalam pesawat. Minta maaf. Kami berlepas. Radio disenyapkan.

Mengimbas kembali keadaan itu beliau menambah: “Menjadi seorang juruterbang adalah sukar dan sentiasa tertekan. Juruterbang ini kelihatan tidak bersedia secara emosi untuk melakukan tugasnya, Saya harap dia mendapatkan bantuan, dia memerlukannya,”.

Jurucakap United Airlines, Charlie Hobart mengesahkan juruterbang itu tidak mengenakan pakaian seragam ketika memasuki pesawat.

Beliau berkata, pesawat tersebut mengalami kelewatan kira-kira dua jam.

Hobart berkata, dia tidak tahu mengapa juruterbang itu dibenarkan memasuki pesawat dengan berpakaian biasa atau jika sesuatu tidak kena pada seseorang.

Beliau menambah, syarikat penerbangan itu akan berbincang insiden tersebut dengan juruterbang berkenaan.

United A‏irlines dalam satu kenyataan berkata: “Kami berharap kakitangan kami mengekalkan standard tertinggi dan telah menggantikan juruterbang ini dengan yang lain bagi mengendalikan penerbangan yang telahpun berlepas dari Austin.

Kami memohon maaf kepada pelanggan kami yang megalami kesulitan ini,”. – KPIX 5/AP