Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan rakan kongsi strategik bagi Proton Holdings Bhd (Proton), hanya diketahui selepas Rabu ini (15 Feb), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata tarikh 15 Feb itu merupakan tarikh akhir bagi setiap syarikat asing yang berminat menjadi rakan kongsi strategik untuk menghantar cadangan mereka.

“Selepas tempoh itu, keputusan analisis akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat di Cheras di sini hari ini.

Menurutnya ketika ini bukan sahaja syarikat dari China yang berminat menjadi rakan kongsi strategik Proton, malah turut membabitkan syarikat pengeluar kereta dari Eropah.

— BERNAMA